Bekerja didunia Penerbangan tidaklah semudah yang disangka, berbagai cabaran dan dugaan harus dilalui sebelum seseorang itu layak untuk bergelar sebagai Pengawal Trafik Udara (Air Traffic Controller). Di Malaysia, jawatan Pengawal Trafik Udara terbahagi kepada dua iaitu:
- Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 (Air Traffic Controller Officer) dan;
- Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29 (Air Traffic Controller Asistant).
Berikut merupakan syarat ASAS untuk melayakan anda untuk dilantik ke jawatan ini:-
- Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
- Berumur 18 tahun atau lebih; dan
- Memiliki Diploma atau Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan iaitu Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau swasta.
- Fasih berbahasa Inggeris dan;.
- Kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau mana-mana satu daripada mata pelajaran Sains. Juga Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Antara syarat KHAS lain yang diambil kira ialah
- Dapat bekerja dalam satu pasukan
- Aktif serta berani dalam berdepan dengan cabaran dan rintangan
- Melepasi Ujian Kecenderungan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik;
- Lulus pemeriksaan doktor bagi menentukan bahawa calon memiliki tubuh badan yang sihat, pendengaran yang baik, penglihatan yang terang dan dapat mengenalpasti dan membezakan warna seperti yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan; dan
- Menamatkan kursus praperkhidmatan dengan jayanya di Kolej Penerbangan Awam Malaysia.
Selepas anda berjaya melepasi semua syarat yang tersebut diatas barulah anda akan LAYAK dilantik dan ptoses seterusnya adalah dengan menjalani 'On Job Training (OJT)' di Menara Kawalan atau Pusat Kawalan Trafik Udara mengikut kelayakan anda.