Siapa sangka dengan berbekalkan segulung Diploma atau Ijazah daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, Anda boleh bergelar sebagai seorang Pengawal Trafik Udara atau dalam bahasa Inggerisnya iaitu 'Air Traffic Controller' . Persoalannya sekarang, apakah itu Pengawal Trafik Udara? Pasti ramai diantara kita akan beranggapan bahawa Pengawal Trafik Udara adalah seperti imej yang tertera dibawah:-
Jika begitu pandangan anda tentang Pengawal Trafik Udara, sudah tentunya SALAH!
Sebenarnya Pengawal Trafik Udara atau 'Air Traffic Controller' merupakan satu kerjaya yang amat tidak dikenali dan kurang popular jika dibandingkan dengan Juruterbang mahupun Pramugara/Pramugari. Namun begitu, Tahukah anda bahawa yang Pesawat tidak dapat terbang dengan selamat tanpa pengawasan oleh mereka?
Jadi persoalanya disini, siapakah mereka?
Pengawal Trafik Udara merupakan satu jawatan yang bertanggungjawab sebagai Jurumudi (Navigator) yang bertujuan untuk memastikan semua penerbangan yang terbang didalam kawasan ruang udara sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan lancar. Sebagai contoh, ruang udara di negara kita terbahagi kepada dua iaitu:- Kuala Lumpur FIR atau Kota Kinabalu FIR
*(FIR: Flight Information Region)
Di Malaysia, Pengawal Trafik Udara merupakan satu kerjaya dibawah selian sebuah entiti yang dikenali sebagai Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Civil Aviation Authority of Malaysia)
Sudah tentu ramai diantara kita masih tertanya-tanya apakah fungsi jawatan ini dan kenapa perlunya kerjaya seperti ini diwujudkan. Oleh itu, mari kita menyingkap kembali sejarah wujudnya Perkhidmatan Kawalan Trafik Udara atau (Air Traffic Control Services).
Perkhidmatan kawalan trafik udara pertama kalinya diwujudkan pada tahun 1920 di Lapangan Terbang Croydon, London.
Tetapi pada mulanya perkhidmatan ini tidak begitu mendapat perhatian disebabkan pada waktu itu tidak ramai yang mampu mengunakan pesawat untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Setelah seluruh dunia menghadapi Perang Dunia Pertama, penggunaan pesawat tempur pada masa itu semakin meningkat terutamanya di Amerika Syarikat dan benua Eropah. Disebabkan itu, aspek keselamatan diudara mula mengambil tempat apabila tercetusnya perang dunia pertama pada tahun 1922.
Namun begitu, perkhidmatan ini hanya terhad kepada pegendalian pesawat ketenteraan sahaja.
Sementara itu, perkhidmatan trafik udara bagi pesawat komersil hanya wujud selepas kejadian perlanggaran udara yang melibatkan pesawat awam diantara United Airlines dan Trans World Airlines pada tahun 1956 yang telah meragut 128 nyawa. Oleh yang demikian, kepentingan keselamatan penerbangan di ruang udara mula mengambil tempat serta mendapat perhatian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (International Civil Aviation Organization) dan disebabkan itu, tercetusnya idea untuk mewujudkan jawatan yang dipanggil sebagai Pengawal Trafik Udara (Air Traffic Controller) yang bertujuan mengawal ruang udara diseluruh dunia.
Bagaimana nak jadi Pengawal Trafik Udara? Apa kelayakan yang diperlukan? Jadi Admin akan kongsikan informasi tersebut pada entri yang akan datang.